fbpx

Vinales pimpin aksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES (kanan) berjaya meraih petak pertama pada perlumbaan hari ini selepas melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan malam tadi. – AFP

SPIELBERG, AUSTRIA – Pelumba Monster Energy Yamaha, Ma­verick Vinales menyambar petak hadapan Grand Prix (GP) Austria selepas mengetepikan cabaran pelumba pasukan Pramac Ra­cing, Jack Miller di Litar Red Bull Ring malam tadi.

Vinales mencatatkan masa 1 minit 23.450 saat (s) untuk ke­lebihan 0.068s berbanding Miller yang bakal memulakan perlumbaan di Litar Red Bull Ring di petak kedua.

Pendahulu kejuaraan perlumbaan, Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) terpaksa berpuas hati memulakan perlumbaan tempat ketiga selepas hanya dibezakan 0.087s dengan Vinales selepas merekodkan masa terpantas 1minit 23.537s.

Pelumba Itali, Andrea Dovizioso yang disahkan tidak akan beraksi bersama Ducati musim depan tampil cemerlang apabila mencatat masa keempat terpantas dengan catatan 1 minit 23.606s.

“Semalam kami sedikit berdepan masalah dengan jentera dan hari ini kami mendapat pelarasan yang cukup sempurna. Jentera berada dalam keadaan baik dan saya tidak berdepan masalah pada hari ini.

“Terima kasih kepada pasukan kerana mereka bekerja keras mendapatkan pelarasan yang terbaik. Saya harap mampu lakukan sebaik mungkin untuk memburu kemenangan pertama musim ini.

“Mungkin bukan tugas mudah tetapi bukan sesuatu yang mustahil untuk melakukannya,” kata Vinales.

Sementara itu, pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pol ­Espargaro yang mendominasi sesi latihan pertama dilihat be­kerja keras pada sesi kelayakan apabila menamatkan sesi tersebut di kedudukan kelima terpantas (1 minit 23.612).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI