KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah kerugian RM2.4 juta selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam, April lalu
Mangsa berusia 60 tahun dikatakan menerima panggilann telefon daripada Telekom yang mengatakan dirinya mempunyai tunggakan bil.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, mangsa kemudiannya disambungkan ke Balai Polis Kuantan untuk pemeriksaan.
“Mangsa kemudian diberitahu terlibat dalam kegiatan pengedaran kad kredit palsu dan penggubahan wang.
“Mangsa yang takut dengan ugutan suspek mengikuti arahan suspek yang mengarahkan dirinya memindahkan wang simpanan berjumlah RM2.4 juta ke akaun tetap miliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ismadi berkata, mangsa diarahkan untuk membuka satu akaun baharu di RHB Bank sebelum, suspek memindahkan semua wang dari bank tersebut ke 23 akaun bank milik individu yang tidak dikenali.
“Segala ciri keselamatan akaun bank itu juga diberikan kepada suspek kononnya untuk memudahkan siasatan
“Mangsa sedar dirinya ditipu pada 12 Ogos lalu apabila suspek menghubungi pengadu untuk membuat pindahan wang ke akaun yang lain dan mengugut pihak polis akan melakukan tangkapan sekiranya mangsa gagal memberi kerjasama,” katanya.
Ismadi berkata, masyarakat dinasihatkan jangan panik dengan panggilan sebegitu dan sebaiknya terus hubungi pihak yang berkaitan bagi membuat pengesahan lanjut. -K! ONLINE