fbpx

Soniia juara perseorangan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONIIA berjaya menewaskan Qi Xuan 21-16, 25-23 dalam aksi final Kejohanan Jemputan BAM di Akademi Badminton Malaysia hari ini. - FB BAM

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah menepati ramalan sebagai juara Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) walaupun terpaksa beraksi dengan kecederaan buku lali pada aksi final kejohanan itu.

Kesakitan itu ternyata tidak menjejaskan rentak Soniia yang berjaya menewaskan Eoon Qi Xuan dengan kemenangan straight set 21-16, 25-23 dalam aksi yang berlarutan selama 42 minit di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini.

“Saya takut untuk bermain sehingga ke set penentuan disebabkan kesakitan di buku lali. Saya langsung tidak terfikir untuk menarik diri walaupun mengalami kecederaan.

“Sebaliknya, saya tetap tenang dan meneruskan permainan ini dengan baik. Saya gembira kerana berjaya mengharungi aksi final hari ini,” katanya.

Sementara itu, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean berjaya menjuara saingan beregu wanita selepas menewaskan pasangan Pearly Tan-M. Thinaah dengan keputusan straight set 21-14, 21-17.

“Kami menjangkakan saingan yang lebih sukar sehingga mengheret permainan ke tiga set seperti aksi dalam liga sepusingan sebelum ini.

“Kejohanan ini baik buat kami kerana ia sedikit sebanyak dapat mewujudkan suasana pertandingan. Saya mengucapkan terima kasih kepada BAM atas penganjuran kejohanan ini,” jelas Mei Kuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI