fbpx

Pusat jualan dan servis Oppo dibuka di KTCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pelanggan terawal yang mengunjungi Pusat Jualan dan Servis Oppo pertama di Pantai Timur di KTCC Mall, Kuala Terengganu hari ini.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU – Syarikat pengeluar telefon pintar, Oppo Malaysia melancarkan pusat jualan dan servis yang pertama di negeri ini dan Pantai Timur di pusat membeli-belah, KTCC Mall di sini.

Pengarah Runcit Oppo Malaysia, Dany Ding berkata, pusat jualan dan servis tersebut merupakan yang kelima beroperasi di negara ini.

“Pelanggan boleh merasai pengalaman mencuba variasi model telefon pintar jenama Oppo termasuk Reno 4 yang baru dilancarkan awal bulan ini di pusat jualan dan servis ini.

“Kerosakan telefon pintar juga boleh dibaiki di pusat jualan dan servis tersebut dalam tempoh seawal sejam sahaja,” katanya di sini hari ini.

Pusat Jualan dan Servis Oppo Terengganu tersebut dilancar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Oppo Malaysia, Garry Gong.

Dany memberitahu, syarikatnya juga akan membuka cawangan keenam pusat jualan dan servis di IOI Mall, Putrajaya pada minggu depan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, model Reno 4 telah berjaya dijual hampir 2,000 unit dalam tempoh dua minggu pelancarannya.

“Permintaan terhadap telefon pintar jenama Oppo tidak terjejas walaupun ketika pandemik Covid-19 pada waktu ini.

“Telefon pintar Oppo masih mendapat permintaan tinggi terutama dalam kalangan generasi muda kerana kelebihannya menghasilkan foto swa foto yang berkualiti tinggi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI