fbpx

Penunggang motosikal dikhuatiri lemas jatuh Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari penunggang dikhuatiri lemas setelah polis menemui motosikal di Sungai Perak dekat Kampung Padang Changkat Chandan hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

KUALA KANGSAR – Operasi mencari individu dipercayai lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Perak dilakukan pihak bomba di Kampung Padang Changkat Chandan di sini malam ini.

Mangsa yang belum diketahui identiti itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut berdasarkan penemuan sebuah motosikal di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada pukul 9 malam.

Menurut kenyataan itu, susulan itu sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dikerah ke tempat kejadian.

“Maklumat daripada pihak polis memaklumkan terdapat sebuah motosikal telah terjatuh ke dalam sungai berkenaan dan dipercayai ada mangsa terlibat.

“Gerakan mencari terus dilakukan menggunakan kaedah pencarian pada permukaan melibatkan sembilan anggota,” ujar kenyataan tersebut hari ini.

Sehingga pukul 10 malam ini, mangsa masih belum ditemui dan gerakan mencari yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Syed Azrul Hizam Syed Abdul Aziz masih diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI