fbpx

Maqis Kelantan rampas 6.3 tan sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Maqis Kelantan melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori yang membawa sayur-sayuran dan buah-buahan ke negara ini di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang kelmarin.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan berjaya mematahkan cubaan membawa masuk sayur dan buah-buahan segar seberat 6.3 tan tanpa permit dari negara jiran kelmarin.

Rampasan itu dilakukan di Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini selepas menahan empat buah lori ketika memasuki sempadan negara.

Pengarah Maqis Kelantan, Mohd. Azam Yahya berkata, rampasan tersebut membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM9,400.

Katanya, Maqis turut merampas 30 kilogram ikan bilis dalam operasi tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh syarikat sama dengan tidak mematuhi peraturan ditetapkan oleh Maqis.

“Tindakan itu secara tidak langsung memperlihatkan sikap keras kepala pihak berkenaan dengan mengulangi kesilapan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Maqis Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau syarikat yang sengaja melanggar peraturan.

Tambah Mohd. Azam, pihaknya juga akan terus meningkatkan kawalan di semua ICQS di negeri ini menerusi jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasa di sempadan.

“Langkah itu bagi memastikan semua barangan yang diimport itu bebas ancaman perosak, penyakit serta bahan cemar.

“Hal ini bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang memasuki negara dan mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan kerajaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI