fbpx

Lima taman rekreasi di Kuala Muda ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMAN rekreasi di bawah seliaan MPSP ditutup susulan Kluster Muda di daerah Kuala Muda.

Oleh ABD. RAZAK OSMAN

SUNGAI PETANI – Sebanyak lima taman rekreasi awam di bawah Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) di daerah Kuala Muda ditutup sementara susulan pandemik Covid-19 bagi Kluster Muda di daerah itu.

Lima kawasan rekreasi tersebut adalah Ujana Perbandaran; Taman Jubli Perak; Taman Awam Bandar Perdana; Taman Rekreasi Bukit Banyan dan Taman Rekreasi Tasik Darulaman Perdana.

Yang Dipertua MPSP, Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata, semua kawasan rekreasi itu ditutup sepenuhnya mulai semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawasan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, orang ramai dilarang masuk ke taman rekreasi berkenaan yang kini ditutup dengan pita kuning.

“Polis boleh mengenakan kompaun jika ada yang masih ingkar dengan masuk ke taman rekreasi tersebut,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI