fbpx

Ernie, Syamel sah bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE dan Syamel.

KUALA LUMPUR – Spekulasi cinta antara pasangan duet popular Ernie Zakri dan Syamel akhirnya terjawab selepas pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Ernie semalam.

Berita gembira tersebut dikongsi Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, dalam satu hantaran menerusi Instagramnya yang memaparkan majlis pertunangannya bersama Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27.

Menerusi hantaran tersebut, Ernie mengucapkan terima kasih atas segala doa yang dititipkan buat mereka.

“Alhamdulillah. Terima kasih mendoakan yang baik-baik untuk kami. Semoga dipermudahkan urusan hingga akhir hayat.

“Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang serba sederhana bersama kaum keluarga ini diredhai dan diberkati,” katanya.

Difahamkan, pada majlis tersebut, pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang daripada Ernie.

Dalam majlis tersebut juga, Ernie dan Syamel mengenakan persalinan sedondon berwarna kelabu. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI