fbpx

Bercintalah Syazwan, Wan Sharmila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAZWAN dan Wan Sharmila.

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 memang beri impak besar kepada pencinta drama Melayu.

Penangan drama itu bukan kecil anak tau, sampaikan gambar lampau para pelakonnya turut digeledah netizen. Merecik keluar air mata gelak dibuatnya.

Tapi ada satu perkara yang netizen harapkan sangat daripada drama ini. Ramai yang mendoakan agar pelakon comel manja Wan Sharmila dan si nakal, Syazwan Zulkifly bercinta betul-betul.

Kata peminat, mereka berdua serasi digandingkan bersama, nampak romantik sangat watak Sofi dan Helmi.

Diva pun tengok lakonan mereka dan memang tak dinafikan tahap romantik Syazwan dan Lala (nama panggilan untuk Wan Sharmila) dah macam suami isteri. Tak kekok langsung. Mungkin kerana kedua-dua mereka pun memang pelakon yang hebat, berilah watak apa sahaja, memang menjadi.

Tapi tak salah kalau semua itu jadi realiti bukan? Dua-dua pun masih bujang, kalau bercinta betul-betul pun ramai yang sedang panjatkan doa.

DIVA: Sekarang, penerbit dan penulis skrip drama 7 Hari Mencintaimu 2 sudah buar repot polis pasal orang sebarkan penamat drama tersebut dalam media sosial. Siapa yang buat kerja tak bertanggungjawab itu, sila padan muka!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN