fbpx

Ayda, Nabil macam tak matang – netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA aksi comel Ayda dan tunangnya. Nabil Mahir.

KISAH cinta Ayda Jebat dan Nabil Mahir sudah bukan rahsia lagi. Itu kenyataan, namun Diva dengar ramai yang sudah muak dengan kisah mereka. Diva pun sama, nak tadah telinga mendengar cakap-cakap teman pasal pasangan itu pun, rasa macam tak kuasa. Bukan apa, malas nak dengan cemuhan mereka yang menyampah tengok perangai Ayda dan Nabil.

Ada yang kata, sejak mereka bertunang pada akhir April lalu, makin menjadi-jadi pula perangai tidak matang yang ditayang mereka dalam media sosial.

Mana tidaknya, sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, selalu sangat pasangan itu muat naik pelbagai jenis video aksi mesra.

Ada video kelakar, video TikTok dan macam-macam lagilah. Bagi mereka mungkin kelakar tetapi bagi netizen, rasa meluat.

Kalau baca komen-komen netizen, ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana bagi mereka Ayda dan Nabil seperti tidak matang, macam budak-budak. Banyak kali Diva baca komen, memang ramai yang tidak begitu gemar dengan cara pasangan ini bergurau.

Setahu Diva, perangai Nabil memang begitu, suka bergurau cara kasar tapi tak sangka pula Ayda pun turut sama terjebak sama. Mungkin itu sisi lain dia yang semua tak pernah tahu. Suka mencuba perkara baru agaknya.

Ada juga yang mempersoalkan tentang status mereka sebagai pasangan bertunang yang katanya tidak manis beraksi begitu. Bila agaknya nak kahwin?

DIVA: Seronok tengok rancangan Next To Neelofa. Banyak perkara positif yang boleh dipelajari daripada rancangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI