fbpx

Wanita jual tambah nilai judi dalam talian dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Kegiatan seorang wanita menjual tambah nilai judi dalam talian terbongkar apabila dia ditahan polis dalam Ops Dadu di Kawasan Perniagaan Taman Serai Wangi, Padang Serai di sini semalam.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di lorong belakang kawasan perniagaan tersebut kira-kira pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, operasi dilakukan berdasarkan maklumat mengenai aktiviti perjudian di kawasan tersebut.

“Anggota polis yang melakukan operasi mendapati berlaku aktiviti mencurigakan di lorong berkenaan yang mana wujud sebuah premis perniagaan tambah nilai prabayar telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan ke atas premis tersebut menemui suspek yang disyaki menjalankan urusan tambah nilai untuk judi dalam talian.

“Wanita terbabit disyaki berselindung di sebalik perniagaan itu untuk menjadi ejen tambah nilai judi dalam talian secara bersendirian,” ujarnya.

Tambahnya, wanita berasal dari Georgetown,Pulau Pinang ditahan dan pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk tambah nilai serta wang tunai berjumlah RM24.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka,” jelasnya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Azhar berkata, dua lelaki ditahan dalam tangkapan berasingan menerusi Ops Tapis di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai semalam.

“Kita merampas sebanyak 40 bungkusan plastik lutsinar dipercayai mengandungi air ketum,” katanya.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI