fbpx

Taman rekreasi di Kuala Muda ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taman rekreasi awam Ujana Perbandaran Sungai Petani di Sungai Petani ditutup mulai hari ini.

Oleh ABD. RAZAK OSMAN

SUNGAI PETANI – Taman rekreasi awam, Ujana Perbandaran Sungai Petani di daerah Kuala Muda di sini ditutup sementara kepada orang ramai mulai hari ini susulan pandemik Covid-19 bagi Kluster Muda di daerah itu.

Kawasan pelancongan, Pantai Merdeka dan Dataran Zero Sungai Petani pula dijadualkan ditutup mulai 28 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi mengelakkan orang ramai berhimpun di kawasan itu menjelang dan pada sambutan bulan kemerdekaan.

Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan Daerah Kuala Muda, Jamil Zainul berkata, tiga lokasi yang menjadi tumpuan awam itu terpaksa ditutup bagi membendung jangkitan Covid-19.

“Selain itu, kita akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) terus dipatuhi terutama di semua premis dan tempat awam seperti pasar awam, kenduri, tempat kerja dan kawasan rekreasi,” katanya selepas menghadiri Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim.

Kata Jamil, penduduk di daerah itu diminta mengamalkan SOP yang ditetapkan antaranya memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam.

“Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda telah mengenal pasti kontak rapat dan telah pun menyaring seramai 114 orang pada 13 Ogos lalu, bagaimanapun kes Kluster Muda ini masih terkawal,” jelasanya

Tambahnya, pihaknya sedang merangka untuk membuat pelbagai penerangan di peringkat pekan, kampung dan taman-taman perumahan dalam menjayakan penghayatan normal baharu kehidupan setelah SOP itu diperketatkan di daerah Kuala Muda.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI