fbpx

Taman awam tidak patuh SOP diarah tutup tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vision Park di Kepala Batas, Seberang Perai diarah tutup tujuh hari kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dalam kalangan pengunjung

SEBERANG PERAI – Taman awam, Vision Park di Kepala Batas di sini yang sering menjadi tumpun orang ramai untuk beriadah diarahkan tutup selama tujuh hari bermula hari ini selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan selepas pihaknya bersama wakil Kementerian Kesihatan melakukan pemeriksaan kira-kira pukul 5 petang tadi.

“Taman itu diarahkan tutup selama tujuh hari kerana pengurusannya tidak mematuhi SOP dan gagal mengawal jumlah pengunjung terlalu ramai.

“Selain itu, kompaun masing-masing sebanyak RM1,000 dikeluarkan kepada dua peniaga di kawasan taman itu kerana gagal mematuhi SOP termasuk tiada penjarakan fizikal dalam kalangan pelanggan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorzainy berkata, pihaknya akan sentiasa meneruskan operasi dan pemantauan bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI