fbpx

Sung Joon pilih gadis biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNG JOON

AKTOR Sung Joon akan menganjurkan majlis perkahwinannya pada September depan selepas hampir dua tahun mendaftarkan perkahwinannya bersama isteri.

Sung Joon sebelum ini mendedahkan sudah mendaftar perkahwinannya dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang wanita biasa selepas tersenarai untuk menjalani latihan ketenteraan pada Disember 2018.

Selepas memiliki dua orang cahaya mata, pasangan itu dilaporkan mahu meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis yang akan diadakan pada tanggal 12 September depan.

Bagaimanapun, Sung Joon mendedahkan dia mahu menganjurkan sebuah majlis tertutup berikutan status isterinya yang bukan dalam kalangan selebriti.

“Majlis tertutup Sung Joon akan dihadiri keluarga terdekatnya dan kenalan rapat sahaja,” ujar agensi O& Entertainment bagi mengesahkan laporan tersebut.

Majlis resepsi aktor drama Can We Get Married dengan isterinya itu ditangguhkan sebelum ini kerana Sung Joon menjalani latihan ketenteraan.

“Cara mendaftarkan perkahwinan kami adalah perkara terbaik yang saya boleh lakukan ketika perlu menjalani latihan ketenteraan,” ujarnya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI