fbpx

Ramai lagi lebih layak – Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit bersama isterinya dan anak-anaknya. Kredit foto Facebook Ebit Lew

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Pendakwah terkenal, Ebit Lew dipilih sebagai penerima Anugerah Khas sempena Sambutan Hari Belia Negara 2020, hari ini.

Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36, berkata, lebih ramai lagi individu layak untuk menerima anugerah itu.

Menurutnya, dia bagaimana tetap bersyukur dengan anugerah yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“Dari segi ini (anugerah), saya sedar ramai orang lagi layak, mereka berkorban dan berjuang. Saya cuma sebahagian kecil daripada usaha orang ramai.

“Saya bersyukur dan gembira kerana menerima anugerah ini, namun saya lebih gembira kerana dapat bertemu dengan anak-anak muda lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima anugerah khas berkenaan dalam program yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI