fbpx

Pertandingan 3 penjuru di PRK DUN Slim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz (kiri), Calon Bebas, Amir Khusyairi (tengah), dan Calon Bebas, Santharasekaran Subramanian (kanan), disahkan layak bertanding bagi Pilihan Raya Kecil N.58 Dun Slim, di Majlis Daerah Tanjong Malim, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

TANJUNG MALIM – Sebanyak tiga borang pencalonan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sebaik sahaja tempoh mengemukakan borang pencalonan tamat pada pukul 10 pagi tadi.

Terdahulu, tiga calon yang akan bertanding pada PRK Slim ini tiba di pusat penamaan calon di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini seawal 8.50 pagi.

Calon pertama tiba merupakan calon Bebas, S. Santhasekaran, 44, diikuti calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz, 43, pada pukul 8.57 pagi dan seorang lagi calon Bebas, Amir Khushairi Mohamad Tanusi, 38, tepat pukul 9 pagi.

Suasana pada hari penamaan calon PRK DUN Slim kelihatan tenang dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara seperti pemeriksaan suhu, memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan fizikal.

Begitu juga tiada kehadiran pemimpin parti dan para penyokong yang membawa bendera atau sorakan mengiringi calon masuk ke pusat penamaan yang mula dibuka sejak pukul 8 pagi tadi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, 59, dari BN yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Pengundian awal bagi PRK DUN Slim telah ditetapkan pada 25 Ogos ini manakala hari mengundi pula pada 29 Ogos melibatkan 23,094 pengundi termasuk 277 pengundi awal dan dua pengundi tidak hadir luar negara. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI