fbpx

Perak akan tetap merendah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAKOVIC tidak mahu anak-anak buahnya memandang rendah lawan pada saingan Piala Malaysia kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

Oleh Azizan Hashim

KETUA jurulatih Perak, Meh­met Durakovic mengambil pendekatan merendah diri me­ngenai peluang skuad The Bos Gaurus dalam perebutan kejuaraan Liga Super menje­lang kempen Liga Super yang akan bersambung pada 26 Ogos ini.

Durakovic berkata, beliau sedar kekuatan pasukan sendiri dan enggan mendabik dada meskipun Perak kini hanya dipi­sahkan dua mata berban­ding pendahulu liga.

“Kami kena ukur di badan sendiri. Ini kerana semua pasukan yang bersaing dalam Liga Super mempunyai keistimewaan masing-masing. Jadi, semua pasukan berpotensi untuk menjuarai liga pada kali ini.

Jangan lupa pasukan Johor Darul Ta’zim kerana mereka adalah juara enam tahun berturut-turut,” katanya kepada pemberita semalam.

Meskipun cuma ada baki tujuh perlawanan dan Perak hanya ketinggalan dua mata di belakang JDT, jurulatih dari Australia itu tetap menganggap Pahang, Kedah, Terengganu dan Melaka United sebagai pencabar utama.

“Saya harap para pemain saya tidak sekali-kali memandang rendah kemampuan pasukan-pasukan ini kerana mereka punyai pengalaman serta pemain berwibawa,” kata Durakovic.

Bagaimanapun beliau gembira kerana pemain The Bos Gaurus bersemangat dan berkeyakinan tinggi untuk menghadapi baki saingan Liga Super dengan sepak mula menentang Melaka United.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI