fbpx

Pasar malam di Teluk Kumbar, Sungai Batu tak dibenar operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBPP

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Operasi dua pasar malam di Teluk Kumbar dan Sungai Batu di sini tidak dibenarkan operasi secara serta merta susulan satu laporan positif kes Covid-19 di Mukim 9, daerah Barat Daya semalam.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) petang tadi.

Jurucakap itu berkata, MBPP telah mengambil inisiatif dan melaksanakan beberapa tindakan serta merta terhadap kawasan yang terlibat dengan penularan wabak itu.

Menurut jurucakap itu, lokasi yang terlibat adalah meliputi persempadanan
dari simpang jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu, Jalan Teluk Kumbar, Kampung Tengah hingga sekitar Gertak Sanggul.

“Aktiviti pasar malam di Jalan Teluk Kumbar pada hari Selasa dan Sungai Batu pada hari Khamis tidak dibenarkan beroperasi buat sementara waktu mulai 15 Ogos (semalam).

“Bagaimanapun, perniagaan di Pasar Pagi sekitar Taman Sahabat dibenarkan menjalankan operasi mengikut Prosidur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Arahan penutupan juga membabitkan taman-taman permainan atau kejiranan di Taman Poket Teluk Kumbar dan Tanah Lapang Pasir Belanda.

“Selain itu, Dine-in juga tidak dibenarkan kepada semua penjaga dan operasi pematuhan akan ditingkatkan.

“Aktiviti di kedai gunting rambut atau salun kecantikan di daerah Barat Daya akan ditingkatkan pemantauan SOP. Penutupan akan dibuat sekiranya tidak mematuhi SOP.”

Dalam pada itu, MBPP turut mengingatkan orang ramai agar mengelakan daripada mengunjungi kawasan sesak dan hanya keluar ke rumah sekiranya ada urusan penting. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI