fbpx

Lelaki Bangladesh maut buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Bangladesh yang maut membuat pusingan U

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA LANGAT – Seorang buruh warga Bangladesh maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh lori ketika membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat Genting Sanyen, Banting di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa dikenali Mahmud, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, ketika kejadian lelaki yang menunggang Modenas Kriss itu datang dari arah Salak Tinggi menghala ke Langat Murni.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cubaan membuat pusingan U di kawasan larangan sebelum dirempuh sebuah lori dari arah bertentangan.

“Rempuhan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia manakala pemandu lori berusia 31 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ujar beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI