fbpx

Lagi kluster baharu dikesan di Kedah, 26 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 26 kes jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini membabitkan tiga kes import dan 23 kes penularan tempatan termasuk empat kes di Kluster Sala yang baru dikesan di Yan, Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Tawar merekodkan 12 kes dengan 10 di Kedah dan dua di Pulau Pinang, manakala Kluster Muda merekodkan satu kes jangkitan.

“Baki tujuh kes tempatan membabitkan empat warganegara yang dikesan di Kuala Lumpur dengan dua kes saringan di tempat kerja dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 ke-8,688.

“Dua lagi dikesan di Johor dan Perlis dengan masing-masing satu kes membabitkan saringan prapembedahan. Tiga kes lain melibatkan bukan warganegara yang dikesan di Negeri Sembilan hasil saringan tahanan pendatang asing tanpa izin, satu kes saringan tempat kerja di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga kes import yang dikesan dari negara Austria, Amerika Syarikat dan Vietnam melibatkan dua warganegara dan satu bukan warganegara.

“Sehingga kini terdapat enam kes positif dirawat di unit rawatan rapi dengan satu memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian dan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 125 kes,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI