fbpx

Hospital Pantai Sungai Petani ditutup sehingga Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR – Hospital Pantai Sungai Petani ditutup sementara bermula hari ini hingga Isnin ini ekoran penularan Covid-19 melibatkan seorang pesakit serta kontaknya.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, pihak hospital tersebut memberitahu bahawa penutupan operasi membabitkan perkhidmatan klinik pesakit luar.

“Kami hanya menyediakan perkhidmatan kecemasan untuk kes-kes kecemasan sahaja dan akan menyambung semula perkhidmatan pada 18 Ogos ini,” katanya di sini hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, proses pembersihan dan pembasmian kuman dilakukan berterusan di seluruh kawasan terjejas.

Dalam perkembangan berkaitan, hospital berkenaan turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi pengesanan kontak pesakit berkenaan sejak 12 Ogos lalu.

“Mereka yang berisiko dikenal pasti dan dikendalikan sewajarnya,” katanya.

Pada 12 Ogos lepas, Hospital Pantai Sungai Petani mengesahkan terdapat satu kes positif Covid-19 melibatkan pesakit yang menerima rawatan di situ sejak 8 Ogos lalu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI