fbpx

Golongan muda Kelantan diseru sertai Pelukis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Persatuan Penggiat Seni Lukis (Pelukis) Kelantan menunjukkan hasil karya lukisan mereka di Kampung Cherang Ruku, Pasir Puteh selepas Program Melukis Di Lapangan hari ini

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Persatuan Penggiat Seni Lukis (Pelukis) Kelantan berusaha menambah bilangan ahli berdaftar menerusi Program Melukis Di Lapangan yang sentiasa digerakkan oleh persatuan itu.

Pengerusinya, Ramlee Hamzah berkata, setakat ini hanya 100 pelukis termasuk pelukis remaja yang berdaftar dalam persatuan itu.

Menurutnya, usaha menambah golongan pelapis yang memiliki kemahiran melukis berada di bawah satu bumbung menjadi agenda utama Pelukis.

“Program selama dua hari yang bermula semalam itu melibatkan kira-kira 20 pelukis pelbagai peringkat usia dan latar belakang kerjaya.

“Ini adalah aktiviti pertama sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memastikan setiap ahli yang berada di lokasi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita ketika di temui di tepi Sungai Semerak dekat sini hari ini.

Ramlee berkata, aktiviti itu dilakasanakan secara mingguan dengan memilih lokasi dan panorama yang menarik di seluruh negara.

Katanya, sepanjang PKP baru-baru ini, anggota Pelukis hanya berkarya di persekitaran rumah masing-masing dan memuat naik hasil seni yang mereka siapkan menerusi Facebook Persatuan Penggiat Seni Lukis Kelantan.

Menurutnya, koleksi program tersebut dikumpulkan bagi menjayakan pameran tahunan yang diadakan di hotel-hotel dan Pusat Kraftangan.

“Aktiviti ini amat bermanfaat kepada golongan muda untuk menimba pengalaman selain memperoleh ilmu daripada pelukis yang lebih berpengalaman dalam aspek penggunaa cat air, cat minyak dan sebagainya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI