KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan satu kejadian gempa bumi dilaporkan berlaku di Semporna, Sabah pada pukul 10.01 pagi tadi.
Met Malaysia menerusi laman Facebooknya berkata, gempa bumi berukuran 3.3 skala Richter itu dilaporkan berlaku pada jarak 14 kilometer (km) dari barat Semporna dan 148km timur laut Tarakan,Indonesia dengan kedalaman 10km.
Jelas Met Malaysia, gegaran mungkin dirasai di Semporna dan pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut.-K! ONLINE.