fbpx

Fnatic Dota pilih KL, bukan London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli-ahli pasukan Fnatic Dota dalam satu sesi temu duga di luar negara awal tahun ini.

PENGIKTIRAFAN besar buat Malaysia apabila salah sebuah organisasi profesional e-Sukan berprestij di Eropah iaitu Fnatic menjadikan Kuala Lumpur (KL) sebagai lokasi rumah gaming mereka untuk pasukan permai­nan video Dota 2.

Fnatic mula ditubuhkan pada 2004 dan menjadikan London sebagai ibu pejabat rasmi organisasi itu selepas terdahulu mempunyai pangkalan di beberapa lokasi berbeza seperti di Australia, Belanda dan Amerika Syarikat.

Pengurus Fnatic Dota, Eric Khor menjelaskan, pihak pe­ngurusan organisasi itu bersetuju mewujudkan rumah gaming di KL atas beberapa faktor munasabah selepas banyak perbincangan dilakukan antara kedua-dua pihak.
Pemilihan KL bukan kerana Eric cenderung untuk memilih negara sendiri tetapi berdasarkan kajiannya, beliau mendapati banyak aspek yang memudahkan pemain-pemain e-Sukan antarabangsa lain seperti faktor bahasa Inggeris.

“Banyak organisasi e-Sukan antarabangsa tidak sedar bahawa Malaysia terutama KL sangat strategik untuk mewujudkan rumah gaming. Aspek bahasa tiada masalah kerana kebanyakan orang kita boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Keduanya, KL juga menyediakan pelbagai jenis makanan. Katakan kamu teringin makanan Mexico contohnya Buritto, kalau tidak mahu makan di kedai, kamu boleh buat pesanan makanan dan akan dihantar di hadapan rumah.

“Paling penting sekali ialah jaringan internet yang stabil. Ada juga negara lain yang internetnya lebih kuat seperti Si­ngapura tetapi kami perlu bayar tiga kali ganda berbanding tinggal di KL.

“Mata wang Malaysia juga lebih rendah berbanding Si­ngapura. Malah, pasukan-pasukan e-Sukan dari Singapura juga memilih untuk tinggal di rumah gaming di KL berbanding di negara mereka sendiri,” katanya.

 

Fnatic Dota berpindah dari Seri Kembangan ke rumah gaming baharu di Mont Kiara dengan sewa bulanan berharga RM6,500.

 

Antara faktor lain adalah Malaysia mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang menghubungkan banyak pe­nerbangan ke serta dunia sekali gus memudahkan Fnatic untuk menyertai kejohanan-kejohanan di mana benua sekali pun.

Mengulas lanjut, Eric menjelaskan, beliau sanggup menyewa sebuah rumah empat tingkat di Mont Kiara dengan sewa bulanan berharga RM6,500 yang lengkap dengan semua kemudahan buat semua pemainnya.

“Boleh dikatakan antara sewa yang termahal untuk rumah gaming tetapi Fnatic sanggup membayarnya kerana mahu memberikan keselesaan kepada para pemain. Setiap pemain termasuk jurulatih dan pengurus mempunyai bilik sendiri.

“Kami juga sudah lima tahun mempunyai rumah gaming di sini dengan yang pertama di Seri Kembangan dari tahun 2015 hingga 2017 sebelum kami berpindah ke rumah yang lebih selesa di Mont Kiara,” jelasnya.

 

Djardel sedang memilih karakter hero yang akan digunakannya dalam permainan video Dota 2.

 

Tahun ini, Fnatic Dota diperkuatkan dengan lima pemain iaitu kapten, Anucha Jirawong dari Thailand, Kam Boon Seng (Malaysia), Marc Polo Luis Fausto (Filipina), Djardel Mampusti (Filipina) dan Daryl Koh Pei Xiang (Indonesia).

Pasukan itu juga berjaya me­ngumpul wang kemenangan ke­seluruhan berjumlah AS$204,766 (RM857,457) daripada sembilan kejohanan disertai mereka setakat tahun ini.

Kejohanan terbesar disertai Fnatic Dota tahun ini ialah DreamLeague Season 13: The Leipzig Major di Jerman yang menawarkan wang terkumpul berjumlah AS$1 juta (RM4.19 juta) pada Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI