fbpx

FAM bakal sambung kontrak Cheng Hoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAM memberi bayangan bahawa khidmat Cheng Hoe mungkin dikekalkan bagi mengemudi skuad Harimau Malaya mengharungi saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tahun depan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi bayangan untuk terus mengekalkan khidmat ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe meskipun kontraknya akan berakhir pada Disember ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, proses perbincangan sedang dilakukan dengan Cheng Hoe walaupun skuad Harimau Malaya dijangka berehat daripada sebarang aksi kompetitif tahun ini.

“Kontrak Cheng Hoe memang akan berakhir pada penghujung tahun ini tetapi kami positif untuk mengekalkan khidmatnya untuk tahun depan dan perbincangan ke arah itu sedang dilakukan.

“Cuma, masih terlalu awal untuk kami mengesahkan dengan lebih jelas dan apa yang boleh saya katakan adalah FAM berpuas hati dengan sumbangan Cheng Hoe buat pasukan kebangsaan setakat ini.

“Justeru, kemungkinan besar khidmatnya akan dikekalkan untuk terus membantu skuad Harimau Malaya mengharungi dua misi penting iaitu kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta Piala AFF Suzuki tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebagai rekod, Cheng Hoe telah dinaikkan pangkat menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Malaya bermula tahun 2018 susulan pengendali import, Nelo Vingada mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada penghujung 2017.

Selepas membantu skuad negara beraksi cemerlang pada kempen Piala AFF Suzuki 2018 dengan meraih gelaran naib juara, FAM kemudian melanjutkan kontrak Cheng Hoe sehingga 2020.

Difahamkan, bekas pengendali Kedah itu mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh FAM selepas skuad Harimau Malaya berada dalam kedudukan kedua Kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Justeru, skuad negara kini berada dalam landasan terbaik untuk meraih slot automatik ke Piala Asia 2023 sekali gus bersaing pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI