fbpx

Torreira jadi umpan Arsenal pujuk Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TORREIRA hanya memiliki baki kontrak setahun lagi bersama Arsenal. – AFP

LONDON – Arsenal sedia mempertimbangkan cadangan melepaskan pemain tengahnya, Lucas Torreira ke AS Roma semata-mata untuk mendapatkan bintang pasukan itu, Amadou Diawara.

Biarpun berjaya me­nunjukkan aksi cemerlang selepas menyertai The Gunners dua tahun lepas dari Sampdoria, Torreira dilihat berdepan masalah untuk kekal dalam kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan pada Mac lalu.

Pemain antarabangsa Uruguay itu hanya membuat dua penampilan selepas sai­ngan liga bersambung pada Jun selain dia juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mening­galkan Emirates mungkin pilihan terbaiknya.

Torreira mungkin bakal mengikut jejak Henrikh Mkhitaryan yang menghabiskan tempoh semusim sebagai pinjaman tetapi dia akan dijadikan umpan untuk Roma melepaskan Diawara ke London.

“Sekarang ini saya perlu memikirkan mengenai masa depan dengan sebaik mungkin.

“Saya mempunyai kontrak bersama kelab ini yang perlu dihormati. Jika saya terpaksa me­ninggalkan Arsenal, ia pas­tinya untuk kebaikan kedua-dua pihak. Kami perlu tenang dan melihat situasinya nanti,” kata­nya.

Diawara yang dinilai dengan harga £27 juta (RM147.79 juta) turut menjadi buruan beberapa pasukan lain seperti Totteham Hotspur, Leicester City dan Leeds United.

Roma sudah berjaya mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini apabila mengikat khidmat pemain sayap lincah Chelsea, Pedro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI