fbpx

Syed Akmal, Nur Ain dinobat Olahragawan, Olahragawati UiTM 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Akmal (kanan) dan Nur Ain menunjukkan trofi Olahragawan dan Olahragawi UiTM 2019 yang dimenangi mereka.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Atlet petanque, Syed Akmal Fikri Syed dan atlet sukan bowling padang, Nur Ain Nabilah Tarmizi, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2019, dalam Majlis Anugerah Sukan (MAS) UiTM, yang berlangsung hari ini.

Penyampaian anugerah itu disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Emiritus Datuk Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim.

Syed Akmal, 23, yang merupakan penuntut tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi memberitahu, tidak meletakkan sebarang harapan bagi memenanginya memandangkan ini adalah kali ketiga disenaraikan sebagai calon anugerah tersebut.

Katanya, kesemua atlet yang tercalon memiliki percapaian hebat dalam bidang sukan masing-masing.

“Kejayaan ini berkemungkinan atas faktor memenangi dua pingat emas berturut-turut dalam dua temasya Sukan SEA .

“Selepas ini, saya akan menyertai beberapa kejohanan sukan di dalam negara sebagai persiapan untuk kejohanan besar tahun depan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Nur Ain Nabilah, 22, menzahirkan rasa syukur atas kemenangan tersebut yang secara langsung mengubati kekecewaan selepas pembatalan beberapa pertandingan sukan bowling padang.

“Sepatunya, saya bersama atlet kebangsaan lain menyertai Kejohanan Bowling Padang Asia, di China namun dibatalkan dan ketika ini hanya menjalani latihan di Kompleks Sukan Bukit Kiara, ,” kata pelajar Diploma Fakulti Sains dan Rekreasi itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI