fbpx

Restoran makanan segera, kopitiam tidak patuh SOP diarah tutup 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Kementerian Kesihatan menampal notis penutupan tujuh hari di sebuah restoran makanan segera di Kepala Batas, Seberang Perai petang tadi.

SEBERANG PERAI – Dua buah restoran makanan segera antara tiga premis di Kepala Batas di sini diarahkan tutup selama tujuh hari selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi petang tadi.

Op Bersepadu Pemantauan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selama kira-kira empat jam itu bermula pukul 4 petang dengan menyasarkan restoran makanan segera dan kopitiam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi itu dijalankan bagi memastikan setiap premis makanan mengamalkan SOP yang ditetapkan bagi mengelak wabak Covid-19 menular.

“Hasilnya dua restoran makanan segera dan sebuah kopitiam didapati tidak mematuhi SOP PKPP dan diberikan notis penutupan selama tujuh hari.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah berkaitan penjarakan fizikal, catatan kemasukan pelanggan dan pengambilan suhu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, pihak Kementerian Kesihatan turut mengeluarkan enam notis amaran kepada pemilik-pemilik restoran makanan segera lain di kawasan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI