KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal membatalkan pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas Mahkamah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonannya.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati pertuduhan yang dikenakan tidak mengelirukan seperti mana yang didakwa Ahli Parlimen Pekan itu.
“Permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dibuat oleh Najib adalah pramatang,” katanya.
Dalam prosiding itu, Najib tidak hadir dan hanya diwakili peguam.
Sebelum ini, pasukan pembelaan Najib yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan permohonan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan terhadapnya.-K! ONLINE