fbpx

[KEMASKINI] 3 maut termasuk dua beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh di sini petang semalam.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

LIPIS – Tiga mangsa maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah dua beradik, iaitu Roziah Mohamed Yusof,22 dan Mohamed Rozuan Mohamed Yusoff,32, yang berada di tempat duduk belakang serta pemandu kereta, Faizul Idzafi Azmi,34.

Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 5.45 petang berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian lori yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan kereta berkenaan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut pemandu dan dua penumpang kereta maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Azli mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

“Berdasarkan siasatan awal kawasan kejadian adalah jalan satu lorong dua hala dan keadaan jalan adalah berselekoh dan berbukit,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI