fbpx

JIM tahan 21 GRO warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pelacur warga asing yang ditahan pihak imigresen

KUALA LUMPUR – Seramai 21 individu warga asing dan dua lelaki tempatan ditahan dalam satu operasi khas oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas didapati menawarkan khidmat pelacuran melibatkan warga asing di dua buah hotel di Subang Jaya, Selangor semalam.

JIM melalui satu kenyataan berkata, operasi dilakukan kira-kira pukul 7 petang oleh sepasukan 29 pegawai imigresen dan anggota dari Unit Pasukan Taktikal Khas (Pastak) JIM Putrajaya.

“Hasil pemeriksaan di dua buah hotel tersebut,seramai 20 wanita warga asing yang terdiri daripada 10 warga Vietnam, enam warga Indonesia, tiga warga Thailand dan seorang warga Laos berusia antara 22 hingga 40 tahun kerana disyaki melakukan aktiviti pelacuran.

“Turut ditahan adalah dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai pengurus dan kapten serta seorang lelaki warganegara Bangladesh yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di salah sebuah hotel tersebut kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” jelas kenyataan tersebut.

Katanya, modus operandi sindiket berkenaan adalah menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggan yang menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp kepada pengendali rangkaian dikenali sebagai V CHAI.

“Kesemua wanita warga asing yang ditahan didapati menawarkan perkhidmatan seks dengan harga antara RM220 sehingga RM500 untuk sekali perkhidmatan bagi tempoh masa 45 minit dan perlu menambah bayaran bagi melanjutkan masa.

“Sebanyak 11 notis saman saksi telah dikeluarkan kepada pelanggan yang berada di dalam premis semasa serbuan dijalankan bagi membantu siasatan lanjut,” ujar.

Tambah kenyataan tersebut, pihak JIM turut merampas sejumlah kondom, wang tunai berjumlah RM12,090, tuala, dokumen perjalanan serta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Semakan mendapati kebanyakan pas di dalam pasport wanita-wanita tersebut disyaki palsu serta diuruskan oleh rangkaian sindiket yang sama.

“Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI