fbpx

Ibu rayu bantu cari anak OKU hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arpah Hamid, 50, menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan anaknya, Muhammad Aiman Ikram Safian, 16, yang hilang dari rumah sejak Ahad lalu.

IPOH – Luluh hati seorang ibu apabila dua anak lelakinya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) didapati hilang dari rumah mereka di Manjoi di sini sejak Ahad lalu.

Arpah Hamid, 50, yang merupakan ibu tunggal kepada enam anak itu berkata, pada awalnya dia menyangkakan kedua-dua beradik itu, Muhammad Nasri Safian, 17, dan adiknya, Muhammad Aiman Ikram, 16, pergi ke rumah nenek mereka yang tinggal berhampiran.

“Bagaimanapun selepas pukul 4 petang, mereka tidak juga pulang ke rumah membuatkan saya tidak sedap hati dan cuba mencari mereka berdia di sekitar kampung namun gagal menjumpainya.

“Bimbang keadaan mereka berdua yang merupakan OKU lembam, saya membuat laporan polis pada pukul 10 malam pada hari sama,” katanya.

Tambah Arpah, dia bersyukur apabila pihak polis ada menghubunginya pada pukul 1 pagi tadi dan memberitahu Muhammad Nasri sudah dijumpai orang awam di kaki lima di Kuala Lumpur sebelum bertindak menghantarnya ke balai polis di sana.

“Muhammad Aiman bagaimanapun tidak bersama abangnya itu dan keadaan ini sangat merunsingkan saya dan adik-beradiknya yang lain.

“Saya berharap sesiapa sahaja yang ada berjumpa dengan anak bongsu saya itu untuk segera menghubungi saya atau menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Muhammad Aiman diharap dapat menghubungi Arpah di talian 014-756 6787. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI