fbpx

Bomba bantu sempurnakan jenazah 180 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menggunakan tali dan teknik webbing bagi menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dengan bantuan ahli keluarga yang turut berada di lokasi.

KUALA LUMPUR – Jenazah seorang lelaki berusia 51 tahun seberat kira-kira 180 kilogram selesai dikebumikan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras di sini hari ini.

Pegawai Operasi, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd. Hasmahwi Ab. Wahab berkata, pihaknya bergerak ke tanah perkuburan tersebut selepas menerima panggilan daripada waris jenazah kira-kira pukul 4.20 petang.

“Sebanyak dua buah jentera bersama 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras serta Bandar Tun Razak telah dikerahkan ke lokasi bagi membantu menyempurnakan urusan pengebumian jenazah.

“Kami menggunakan tali dan teknik ‘webbing’ bagi menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dengan bantuan ahli keluarga yang turut berada di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Hasmahwi, operasi khidmat khas tersebut berjalan dengan lancar dan urusan pengebumian jenazah selesai kira-kira pukul 5.24 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI