fbpx

Bayern ada cara sekat dominasi Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN memburu trofi UCL untuk lengkapkan gelaran trebel musim ini. – AFP

LISBON – Bayern Munich tidak mempunyai apa-apa alasan untuk terus gagal meraih kejuaraan trofi Eropah musim ini ketika memiliki skuad yang paling sempurna.

Bagaimanapun, berdepan Barcelona di pusingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) di Estadio Da Luz awal pagi esok, keyakinan sahaja tidak mencukupi kerana mereka perlu turun dengan pe­rancangan rapi.

Apa yang melegakan skuad kendalian Hansi Flick adalah rekod benteng pertahanan The Catalan sepanjang musim ini yang cukup rapuh.

Quique Setien gemar untuk menggunakan formasi 4-4-2 de­ngan Lionel Messi dan Antoine Griezmann melengkapkan corak ‘berlian’ selain meletakkan Sergio Busquet serta Ivan Rakitic di jajaran pertahanan.

Namun, formasi berkenaan mempunyai kekurangan apabila mereka sering terperangkap de­ngan serangan balas pantas dan kerap hilang posisi ketika mene­rima tekanan sehingga mampu dieksploitasi pihak lawan yang cepat menukar transisi bola.

Bayern menerusi Thomas Muller, Kingsley Coman dan Serge Gnabry mampu menggunakan kesempatan tersebut untuk membuat serangan pantas menerusi bahagian sayap ataupun ruang-ruang kosong di te­ngah padang.

Keistimewaan Bayern juga adalah kelajuan beberapa pemain sehingga dianggap antara pasukan yang mempunyai kemampuan melakukan serangan balas pantas terbaik di Eropah.

Mereka perlu mematikan bahagian tengah Barcelona, memaksa pemain lawan melakukan kesilapan kemudian memulakan serangan pantas.

Bayern juga memiliki para pemain yang benar-benar memahami konsep pergerakan tanpa bola.

Barcelona sering meninggalkan banyak ruang kosong kerana pemain mereka gagal mengkoordinasi pergerakan sebagai contoh, Gerard Pique yang gemar menjadi ‘penyerang’ dan jika Sergio Busquet gagal mengisi ruang yang ditinggalkan mereka akan berada dalam bahaya.

Kegagalan mengisi kekoso­ngan antara pertahanan dan bahagian tengah memberi kelebihan kepada Bayern memanfaatkan peluang berkenaan.

Kelebihan paling utama Ba­yern adalah gandingan mantap antara Raumdeuter mereka, Muller bersama penyerang, Ro­bert Lewandowski yang memiliki naluri yang sempurna menghidu, mencipta dan menyudahkan peluang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI