fbpx

100 guni daun cincau dari Indonesia dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis merampas daun cincau kering yang diimport dari Indonesia di NBCT, Butterworth kelmarin.

SEBERANG PERAI – Usaha membawa masuk dua tan daun cincau dari Indonesia tanpa permit ke negara ini gagal apabila tindakan itu dihidu Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini kelmarin.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, pihaknya menemui 100 guni hasil pertanian tersebut di dalam sebuah kontena ketika pemeriksaan rutin kira-kira pukul 11 pagi.

“Daun cincau kering yang disita itu adalah seberat 2,000 kilogram dan dianggarkan bernilai RM25,452.

“Hasil pemeriksaan mendapati kontena tersebut diimport dari Indonesia tanpa mempunyai dokumen import yang sah seperti Permit Import yang dikeluarkan oleh Maqis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Sementara itu, Zarina berkata, pihaknya mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara. serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan Kerajaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI