fbpx

Tsimikas berkobar bantu Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Liverpool berjaya menandatangani pemain pertama mereka pada jendela perpindahan kali ini selepas sah mengikat kontrak dengan pemain Greece, Kostas Tsimikas.

Perkembangan tersebut me­nyaksikan Liverpool yang membayar nilai £11.7 juta (RM64 juta) menewaskan Leicester City da­lam perebutan mendapatkan bekas pemain Olympiacos tersebut.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp melihat potensi Tsimikas untuk jangka masa panjang kerana mereka tidak mempu­nyai pilihan pemain yang mampu mengisi kekosongan di bahagian pertahanan kiri sekiranya berlaku sesuatu terhadap Andy Ro­bertson.

Perjalanan baharu dalam ka­rier nyata memberikan kegem­biraan buat Tsimikas yang me­nga­kui bahawa Liverpool kini su­dah pun berada dalam kelompok elit pasukan terbaik dunia.

“Saya sangat gembira dan bangga dipilih untuk berada di sini.

“Satu penghormatan dan saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk kelab gergasi dunia ini,” katanya.

Dalam pada itu, Klopp me­ngakui bahawa pasukan pencari bakatnya telah memantau secara dekat perkembangan Tsmikas sejak sekian lama selepas melihat potensi besar yang dimiliki.

“Kami melihat ada sesuatu yang istimewa pada Tsimikas dan saya gembira kerana dia te­lah bersama kami.

“Dia merupakan seorang pemain bola sepak yang mempu­nyai sikap serta sentiasa berfikir untuk menang. Mentaliti seperti itu yang saya suka,” jelasnya.

Selain Tsimikas, The Reds sedang memburu khid­mat pemain Norwich, Jamal Lewis tetapi cubaan pertama me­reka menemui kegagalan apabila pasukan itu menolak tawaran bernilai £10 juta (RM54.70 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI