fbpx

Treler bawa gelung besi terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler yang membawa muatan gelung besi terbalik dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat dari arah Shah Alam menghala ke Lebuhraya Selat Klang Utara.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Sebuah treler membawa muatan gelung besi terbalik dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat dari arah Shah Alam menghala ke Lebuhraya Selat Klang Utara di sini hari ini.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu menyebabkan jalan raya sesak lebih 500 meter di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Dipercayai kemalangan berpunca gelung besi itu tidak diikat dengan betul.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku apabila treler membawa muatan gelung besi itu terbalik semasa membelok ke kanan menuju ke tol 60 sen Lebuhraya Selat Klang Utara.

“Akibat daripada kemalangan, berlaku kesesakan jalan melebihi 500 meter tetapi lalu lintas dapat dikawal oleh anggota trafik.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan akibat daripada kemalangan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nurulhuda, buat masa ini kerja-kerja mengalihkan treler sedang dijalankan dan satu lorong terpaksa ditutup. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI