fbpx

Sindiket jual rokok seludup, ketum tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aidi Sham (tengah) menunjukkan bungkusan karton rokok yang dijumpai dalam serbuan polis di sebuah rumah teres setingkat di Taman Politeknik, Teluk Kemang, Port Dickson, semalam

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON- Lima warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan dalam serbuan pihak polis di empat buah rumah di Taman Politeknik, Port Dickson, semalam susulan terlibat sindiket penjualan rokok seludup,  perjudian dan penjualan air ketum.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua warganegara asing itu termasuk seorang  wanita turut tidak mempunyai pengenalan diri ketika ditahan.

“Operasi mengejut di rumah teres setingkat di Taman Politeknik, Port Dickson ini bermula pukul 5 petang dan berakhir 11 malam tadi.

“Ia bermula di sebuah gerai milik suspek warga tempatan yang menjual rokok seludup secara terbuka dan pihak polis menahan suspek bersama seorang lelaki yang dipercayai terbabit pula dalam judi online dan turut merampas sebuah telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, malam tadi.

Tambahnya, polis turut merampas 480 karton rokok seludup pelbagai jenis dengan nilai RM25,000 selain menemui 170 bungkusan air ketum yang telah siap diproses.

“Suspek dipercayai telah melakukan aktiviti penjualan air ketum dan perjudian online selama dua minggu lalu manakala aktiviti penjualan rokok seludup berjaya dikesan sejak sebulan lalu,” jelasnya.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Port Dickson dan akan direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI