fbpx

Rakyat kena sokong Kempen Beli Barangan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dilancarkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja memberi impak besar kepada sektor peruncitan tempatan malah turut membantu usahawan bumiputera.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut sekali gus membuka peluang dalam menyediakan barangan halal buat rakyat Malaysia.

“Dalam keadaan masalah ekonomi agak lemah, tumpuan diberikan antaranya terhadap pembelian makanan justeru KBBM bertujuan merangsang semula pembelian bahan-bahan makanan keluaran usahawan tempatan.

“Keutamaan adalah barang-barang halal kerana sebahagian terlibat adalah usahawan bumiputera sendiri. Diharap dengan usaha ini akan bangkit minat baharu melanggan barangan kita sendiri kerana jauh lebih baik. Harganya yang lebih kompetitif dan mampu dibeli oleh rakyat Malaysia,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (Parit Buntar – PH) yang ingin tahu tentang kesan KBBM terhadap kempen Buy Muslim First (BMF) yang dilancarkan pengguna-pengguna Islam di negara ini semasa era pemerintahan Pakatan Harapan (PH). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI