fbpx

Polis rampas 2.36 juta batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rashid (dua kiri) bersama anggota menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas selepas menahan sebuah lori di Simpang Empat Kampung Besut, Tumpat pagi tadi.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 2.36 juta batang rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM590,000 selepas berjaya menahan sebuah lori di Simpang Empat Kampung Besut di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, lori yang sarat membawa 11,800 karton rokok seludup itu ditahan pada pukul 4.30 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis telah berjaya menahan lori tersebut yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan keluar untuk menghantar rokok tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut keatas lori tersebut membawa kepada penemuan sebanyak 236 kotak yang mengandungi rokok seludup,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini hari ini.

Ab Rashid memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua rokok-rokok tersebut dipercayai untuk pasaran sekitar luar daerah Tumpat.

Katanya, bagaimanapun, polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

“Kedua-dua suspek iaitu pemandu dan kelindan lori merupakan penganggur selain mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Nilai rampasan keseluruhan rokok dan kenderaan dianggar berjumlah RM640,000,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. – K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI