Oleh ZAKI SALLEH
IPOH – Pelbagai jenis dadah bernilai RM1.04 juta yang dirampas akan dilupuskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.
Pelupusan tersebut dilakukan di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Kualiti Alam Sdn. Bhd. Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Dadah yang dilupuskan terdiri daripada syabu, heroin, ganja, eramin 5, ketamine, pil ecstacy dan psikotropik, ubat batuk dan lain-lain.
Program pelupusan tersebut disaksikan Timbalan Ketua Polis negeri Perak, Datuk Goh Boon Keng. Hadir sama Ketua JSJN negeri Perak, Asisten Komisioner Lee King Chuan.
IPK Perak dalam satu kenyataan memberitahu, kesemua dadah berkenaan merupakan rampasan sejak tahun 1999 hingga tahun ini yang telah selesai perbicaraan melibatkan 3,153 kertas siasatan.
“Pelupusan juga dilakukan setelah mendapat arahan daripada mahkamah untuk dilupuskan,” ujar kenyataan tersebut. – K! ONLINE