fbpx

Pengacara lelaki didakwa ugut bekas teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pengacara lelaki antarabangsa terkenal didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan membuat ugutan jenayah terhadap bekas teman wanitanya dua tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Joey James Ghazlan ,40, atau lebih dikenali sebagai Joey G mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mengikut pertuduhan, Joey G didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Patricia Sue Lin dengan cara menghantar e-mel ugutan dengan tujuan untuk menakutkan Patricia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit Kondominium di The Capers, Sentul di sini pukul 2.19 pagi pada 19 Mei 2018.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan tersebut tidak boleh jamin.

“Selain itu terdapat kemungkinan tertuduh menganggu saksi pendakwaan, pengadu dan keluarganya,” kata Wan Ahmad.

Bagaimanapun peguam K.Shalvin memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin termasuk akan mematuhi segala syarat yang akan ditetapkan seperti pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis sekiranya tertuduh dibenarkan ikat jamin.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Chai Sia membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan dua orang penjamin termasuk syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh dilarang menganggu saksi-saksi pendakwaan.

Selain itu, syarat lain yang ditetapkan ialah tertuduh tidak dibenarkan menganggu pengadu dan keluargannya serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 September depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI