fbpx

Peminat BTS marah Seo Min-jung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEO MIN-JUNG

GARA-gara menipu dengan mendakwa membuat sendiri hadiah yang diberikan kepada BTS, pelakon Seo Min-jung menjadi sasaran kecaman hebat daripada peminat kumpulan itu.

Baru-baru ini, Min-jung yang kini menetap di New York bersama suaminya dilantik sebagai jurubahasa kumpulan BTS ketika mereka muncul dalam sebuah program stesen radio di sana, SiriusXM.

Dia kemudiannya memberikan hadiah berupa sarung kepala dengan dihiasi nama setiap anggota BTS yang dibuat menggunakan batu manik. Dia mendakwa barangan itu dibuat sendiri olehnya.

Namun, peminat kemudiannya dapat menghidu produk tersebut bukannya hasil tangan Min-jung seperti didakwa, sebaliknya dibuat seorang rakannya warganegara Amerika Syarikat.

Perkara tersebut dibuktikan menerusi satu perkongsian daripada rakan Min-jung yang mempromosikan bisnesnya menerusi Instagram.

Peminat yang marah dengan tindakan Min-jung menuduh pelakon itu menggunakan populariti BTS untuk mempromosikan bisnes rakannya dan menggunakan kumpulan itu sebagai model tidak berbayar.

Rata-rata peminat menyerang Min-jung dan memintanya tampil membuat permohonan maaf atas penipuan tersebut.

Bagaimanapun perkongsian Min-jung dan rakannya berhubung hadiah yang diberikan kepada BTS dalam Instagram telah pun dipadam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI