fbpx

Suami isteri buka gelang pink ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. RIFAAT ABD. HAMID

KUALA NERANG – Sepasang warga emas dari Kampung Ulu, Padang Sanai dekat sini ditahan kerana ingkar perintah kuarantin selepas bertindak keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar memberitahu, pasangan itu dipercayai keluar dari kawasan PKPD dengan menggunakan lorong tikus.

“Mereka bertindak menanggalkan gelang merah jambu dan putih sebelum menaiki motosikal menghala ke pekan Kuala Nerang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di sini hari ini.

Kata beliau, pada masa sama kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap membuat pemeriksaan di rumah pasangan itu dan mendapati mereka tiada di rumah.

“Polis kemudian menahan pasangan suami isteri itu selepas mereka membatalkan hasrat ke Pekan Kuala Nerang dengan berpatah balik ke rumah,” ujarnya.

Menurut Mulkiaman, perbuatan pasangan terbabit menyebabkan mereka ditahan dan akan dituduh mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI