fbpx

Operasi Benteng tahan 3,137 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Operasi Benteng yang dijalankan sejak 1 Mei lalu sehingga semalam telah berjaya menahan 3,137 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh sempadan negara.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguat kuasaan itu yang turut menahan 629 orang tekong dan 167 penyeludup bersama 126 bot dan kapal serta 314 kenderaan.

“Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 77 sekatan jalan raya sempena Operasi Benteng dan memeriksa 35,520 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Hasilnya, PDRM telah berjaya menahan 14 warganegara asing atas kesalahan imigresen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Ismail Sabri, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan masuk PATI. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI