fbpx

MBI roboh kedai haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas MBI melakukan operasi meroboh struktur usang di Jalan Silang, Pekan Chemor dekat sini hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melakukan operasi meroboh struktur usang di Jalan Silang, Pekan Chemor dekat sini hari ini.

Tindakan tersebut dibuat susulan pemberian notis kepada pemilik supaya merobohkan struktur tersebut yang dibina secara haram.

Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin berkata, operasi yang bermula pukul 9 pagi itu melibatkan 50 orang penguat kuasa dengan kehadiran polis selain dibantu agensi-agensi kerajaan lain.

Menurut beliau, struktur usang tersebut digunakan untuk tujuan perniagaan kecil-kecilan, stor dan bilik serta ruang yang tidak digunakan.

“MBI sebelum ini telah mengeluarkan notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kepada pemilik sturktur dan penampalan notis roboh juga telah dibuat.

“Sesi perjumpaan dan penerangan kepada peniaga turut diadakan selain menawarkan tempat perniagaan baru kepada mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI