fbpx

Lelaki maut, traktor jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bertugas mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah traktor

Oleh- Ivan Amirul

BEAUFORT – Seorang lelaki maut selepas traktor dikendalikannya terbabas dan terjatuh ke dalam longkang di Kampung Luagan Rampang hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.40 petang itu, mangsa, Abdul Hamid Raja, 59, dipercayai tersepit di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian terbabit pada pukul 3.50 petang.

“Seramai 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bersama jentera diarahkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 25 kilometer.

“Menurut komander operasi, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Traktor Kobuto yang gagal dikawal sehingga terbabas sendiri sebelum masuk ke dalam longkang.

“Seorang mangsa lelaki tersepit berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Operasi tamat sepenuh pada pukul 6.30 petang. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI