fbpx

Koroner kes Nora Anne lawat lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa Koroner, Maimoonah Aid tiba di sebuah resort dekat Pantai, Seremban hari ini yang merupakan lokasi kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, tahun lalu.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

SEREMBAN – Koroner, Maimoonah Aid yang akan mendengar inkues kematian Nora Anne Quoirin, 24 Ogos ini hadir melawat lokasi kejadian termasuk tempat penginapan dan penemuan mayat remaja berasal Ireland itu.

Beliau tiba di sebuah resort di sini pada pukul 9.15 pagi diiringi tujuh buah kenderaan polis dan bomba.

Mahkamah Koroner Seremban pada 10 Julai lalu menetapkan tempoh dua minggu bermula 24 Ogos depan sebagai tarikh inkues kematian Nora Anne.

Nora Anne dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui sembilan hari kemudian.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI