fbpx

Kerajaan teliti bantuan ke Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar ketika ini sedang meneliti beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Lebanon selepas tragedi letupan yang berlaku di Beirut beberapa hari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, ketika ini bantuan akan disalurkan menerusi Pertubuhan Palang Merah Lebanon (LRC) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Susulan pengumuman Perdana Menteri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 10 Ogos lalu sudah mengeluarkan surat kebenaran berbelanja kepada Kementerian Luar bagi bayaran sumbangan berkenaan kepada LRC.

“Untuk makluman, Kementerian Luar sedang meneliti kaedah yang boleh dilaksanakan untuk menyalurkan bantuan kepada LRC dan perkara ini akan dimuktamadkan dengan kadar segera,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching-PH) yang meminta kerajaan menyatakan rancangan untuk memberi bantuan kepada Lebanon ekoran insiden letupan di Beirut baru-baru ini.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan menyumbang bantuan kemanusiaan RM1 juta kepada rakyat Lebanon, susulan tragedi letupan besar itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI