fbpx

Ingkar perintah kuarantin akan dituduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Surina Saad

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Mana-mana individu yang ditahan polis kerana ingkar perintah kuarantin boleh dituduh di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, mereka yang ditahan itu tidak dikompaun dan dibebaskan dengan jaminan polis kerana masih dalam perintah kuarantin.

Walaubagaimanapun, kata beliau, pihaknya akan membuka kertas siasatan ke atas setiap pesalah sebelum dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.

“Kita tidak kompaun tetapi mereka akan dituduh di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sebaik sahaja siasatan lengkap dan perintah kuarantin ke atas mereka berakhir, kita akan tuduh di mahkamah dan hukuman akan dijatuhkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehingga semalam, seramai empat individu termasuk dua individu keluar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kangar di sini ditahan polis.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd. Shukri Ramli merayu kepada penduduk di kawasan perintah kawalan pergerakan supaya tidak keluar dari kawasan tersebut demi keselamatan semua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI